Wednesday, February 18, 2009

@kenangan abadi di port dickson

umno wadah perjuanganku

UMNO adalah satu-satunya wadah perjuangan politik Bumiputera di Asia Tenggara yang berjaya . Ia tidak diasaskan di atas landasan ideologi ciptaan manusia seperti komunisma atau sosialisma yang menjadi anutan yang fashionable selepas perang. UMNO ditubuhkan di atas asas perpaduan lebih 42 pertubuhan Melayu yang merangkumi persatuan Melayu negeri-negeri, persatuan sukuan seperti persatuan anak jawa atau persatuan orang asli dan pertubuhan golongan professional seperti persatuan guru-guru Melayu.

UMNO disokong oleh semua lapisan masyarakat Melayu dari raja-raja Melayu membawa kepada rakyat jelata. Kita wajib mengambil iktibar dari amanah sultan Johor dalam perhimpunan awal UMNO di Istana Johor.“Ingat UMNO bukan pertubuhan yang lahir di kaki lima tetapi pertubuhan Melayu di bumi Melayu. Dia (UMNO) ada daulat.” Salah seorang pelupor utama yang bertungkus lumus untuk menubuhkan UMNO ialah Pendita Zaaba (menyedihkan namanya jarang diingati).a. Dengan cara yang halus Zaaba telah mengasaskan falsafah perjuangan bangsa yang sohih kepada parti Melayu ini.

Sebagai pengerusi jawatankuasa yang bertanggungjawab mencipta nama untuk pertubuhan Melayu ini. Pendita Zaaba telah mengubah namanya supaya lebih tepat, lebih teguh dan lebih berwibawa yang sekali gus membezakannya daripada pertubuhan-pertubuhan politik bukan Melayu.b. Nama asal UMNO ialah UMO atau ‘United Malay Organisation’ yakni Pertubuhan Melayu Bersatu. Kata-Pendita Zaaba, Melayu di bumi Melayu adalah berbeza dari bukan Melayu di bumi Melayu.

Melayu, di bumi Melayu adalah masyarakat induk, mayarakat teras atau masyarakat ibu. Bukan Melayu di bumi Melayu pula adalah masyarakat serpihan yang berasal daripada masyarakat induknya di negara-negara asal!. Kerana itu dengan penuh himah Pendita Zaaba telah menambah satu perkataan kata sifat sebagai merujuk kepada politik Melayu iaitu perkataan “Nasional” atau Kebangsaan. Maka hasilnya nama ‘Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu’ atau dalam bahasa Inggeris ‘United Malay National Organisation’ atau UMNO.

Natijahnya daripada perubahan itu ialah untuk membawa keinsafan bahawaMelayu sebagai masyarakat induk yang lengkap yang menjadi teras kepada negara yang berdaulat dari dahulu hingga sekarang. Maka sifat Melayu, cita-cita perjuangan Melayu mempunyai status yang lebih tinggi, menjadi sifat dan cita-cita perjuangan yang bertaraf nasional dan bukan perkauman.d.

Natijah keramat daripada saranan abadi Pendita Zaaba ini ialah bahawa seluruh perjuangan bangsa Melayu ini berpaksi kepada prinsip menterjemahkan / melaksanakan kedudukan Melayu uang induk/nasional itu ke dalam semua bidang penghidupan bangsa yang merdeka:-i) Politik Melayu mesti menjadi induk/teras politik negara.ii) Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa nasional.iii) Kebudayaan Melayu mesti menjadi teras kebudayaan nasional.Seterusnya sifat bangsa Melayu yang induk itu mesti akhirnya dapat diterjemahkan ke dalam bidang-bidang utama penghidupan nasional yang lain seperti dalam bidang pendidikan atau ekonomi. Ini ialah intipati kepada perjuangan yang hak dan legimate.

Penekanan kepada hakikat bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat induk di negara ini jua di abadikan dalam bendera UMNO. Professor Syed Najib Al Attas iaitu satu-satunya ulamak Melayu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (bukunya diterjemahkan ke dalam berbelas bahasa) adalah merupakan anak Melayu yang telah mencipta dan mengubah bentuk dan warna bendera UMNO itu.

Maka selain bendera UMNO itu melambangkan ketinggian martabat Islam dan perjuangan memelihara tradisi kedaulatan negara, ianya jua dilabuhkan di atas prinsip bahawa Melayu dan negara tumpah darahnya adalah sebahagaian daripada bumi dan alam budaya Melayu turun temurun yang luas. Pemilihan warna-warna merah dan putih adalah warna-warna yang melambangkan bahawa akan terus wujud kesatuan dalam tradisi pradaban dunia Melayu atau Nusantara dan yang tidak mungkin diputuskan oleh kehadiran penjajahan.


Sumber asal dari Perakbangkit, penulisan Yeop Perak

aku lelakimu

Aku lelakimu

bersumpah selalu

terus ada untukmu

sepanjang waktu

akan ku hapuskan

segala yang menyakitkan

agar kau tak percaya

pahitnya cinta

biar cintaku membuka

ruang hatimu yang terluka

menangislah di dalam pelukku

aku lelakimu

ooo, hanya ku yang bisa

membuatmu merasa

menjadi wanita seutuhnya

aku lelakimu


shamizan_09

kawan lama dan baru ku

Assalamualaikum kawan-kawan ku. Baik kawan baru maupun kawan lama yang pernah aku bermain galah adang, konda-kondi, getah bulat, batu seremban, hoki kayu batang getah, meriam buloh pas time berbuka puasa , pergi solat tarawikh semata-mata nak makan moreh mak-mak kita bawak kat surau, gaduh, mencuri tebu makyam, mencuri pisang mak lang biah, menyelongkar dapor mak cik munah . mandi sungai waktu hujan tak berhenti 3 hari tiga malam.main rakit pelepah pokok rembia. pergi menjala, pergi menajo ikan sembilang kat sungai linggi, pergi menimba sungai belakang rumah, pasang jaring kat lombong dusun dan tak lupa pergi mengintai kat rumah pengantin baru time tido...seronok..kalo boleh nak balik semula time budak-budak macam dulu.

antara nama kawan ku yang masih aku ingat:
1.atan comot
2.tajul jawo
3.mi songeh
4.ajai kontot
5.amie montel
6.samsul gigi tonggeng
dan ramai lagi

kawan-kawan sekolah rendah.
1.kamil jamai
2.ami tapa
3.najman sontel
4.zarimah karia dan lain-lain lagi.

kawan-kawan sekolah menengah ting. 4 dan 5 sains ( sm rantau )

1.sdr suhaimi aris ( kg permatang pasir linggi )
2.cikgu adam karim ( sekarang kat smk kgv )
3. gan bing tong ladang sagga
4.yup sem fuh ladang siliau
5.ramasamy ulu kanchong

kawan sekolah menengah atas( kgv seremban)

1.sdr Ahmad khushairy..my best frend ( Ampangan )

rakan maktab perguruan (IBKL sekarang IBMM). rakan kat maktab guru yang masih aku ingat nama-nama mereka.

1. cikgu aziz jaafar sharif (jawa tanjung karang )
2.cikgu rosli aziz (balik pulau)
3.cikgu razali awang (alor setaq)
4.cikgu rozaino (pilah)
5.cikgu tajuddin (baling)
6.cikgu Wafdi kamil yusoff ( tg malim)
7.cikgu aznan (kat smk bukit saujana pd)
sekadar beberapa nama...yang lain jgn marah sebab aku tak catat ni.

sudah sampai masa aku mengingati kalian. Aku terpanggil untuk menyediakan blog yang tak seberapa ini untuk mencari dan mengumpulkan semula memori aku bersama mu dahulu.

aku berdoa semoga aku dapat berjumpa kalian pada suatu hari nanti walaupun aku sudah berada di alam bersara. kepada kawan-kawan ku. sesiapa yang mempunyai anak dara/bujang jangan lupa jemput kenduri menerima menantu. heheheh

shamizan_09

cikgu

" cikgu" mulia sangat huruf-huruf c.i.k.g.u. itu. dari cikgu la aku kenal a. b. c..sampai z. alif ba ta sampai ya. dari 1 sampai berjuta-juta. tak ada cikgu .. tak tau aku jadi apa.

aku ingat cikgu aku masa aku sekolah tadika kat balairaya kampong aku. balairaya tu dah usang tapi bila aku balik kg..aku mesti pandang balairaya tempat aku mengenal perkataan cikgu tu. minggu lepas aku balik kg, aku tengok balairaya tu dah dibaikpulih..mak aku kata YAB montori bosar tuk mat bagi peruntukan 50 ribu ringgit..nampak cantik dah.harap tadika kemas kat balairaya tu akan kekal lama sampai bila-bila selagi BN memerintah nogori kot. kalo parti lain memerintah nogori ni..apo jadi tak tau la.harap-harap negori sembilan akan diperintah oleh BN sampai bilo-bilo..hidup UMNO..hidup BN. hehehe

bila balik kg gak aku masih jumpa cikgu tadika aku. cikgu norehan takiman dan cikgu zainah malek. masih ingat lagi macamana mereka mengajar kami. garang sungguh.tapi garang bertempat. setahun aku kat tadika..banyak jugak ilmu aku dapat dari cikgu tadika aku.

2 bulan selepas menamatkan persekolahan tadika ku, aku pindah pulak ke sekolah SK ******* di kg aku. teruja bila masuk darjah 1. dapat cikgu baru..masih ingt wajah manis cikgu dahjah 1 aku..namanya cikgu halimahton saadiah.lemah lembut dan manis..masih terbayang wajah dia.
aku masuk darjah 1.aku tak menangis.aku relax jer sebab aku dah ada pengalaman bersekolah di tadika dulu. budak-budak sekarang nak masuk sekolah pasti ada yang keluar air mata. mak kene tunggu sampai balik.macamana mak nak poi keje. macamana abah nak poi kojo. kono tunggu kita pulak.

setahun demi setahun aku naik darjah 5..aku ambil pepriksaan penilaian darjah 5...keputusan tidak baik..aku tak layak pergi sekolah asrama penuh. aku dah tahu kat mana aku akan bersekolah menengah nanti. hujung tahun aku di khatankan..adoi sakit mak............................. tak nak sunat.....aku berkhatan kat hospital besar seremban ( sekarang hospital tuanku jaafar) aku rasa aku sudah besar dan dewasa. mesti aku boleh punyai seorang awek masa sekolah menengah nanti. selepas itu aku masuk darjah 6.seronok.. sebab aku dah senior kat sekolah tu..aku la samseng sekolah tu.
terima kasih cikgu-cikgu sekolah rendah aku.

darjah 1 : cikgu halimahton saadiah hashim
darjah 2 : cikgu zaiton karim
darjah 3 dan 4 : cikgu rosli munchak
darjah 5 : arwah cikgu othman ( Al-fatihah )
darjah 6 : cikgu chan onn fatt...... ( sayang cikgu )
cikgu agama:arwah ustah hj hassan ( al-fatihah untuk ustaz )
cikgu bosar : arwah cikgu hj yunus Idrus ( al-fatihah )

5 tahun aku di sekolah menengah, 2 tahun di sekolah menengah atas. seronok sngat berada si sekolah menengah . ramai kawan..ada kawan lama.ada kawan baru.ramai awek.setiap tahun tukar awek.

shamizan_09

meneroka kerjaya

masa aku tingkatan 6 atas aku dah memikirkan apa kerjaya yang akan aku mesti ceburi.cita-cita dari kecil aku nak jadi cikgu, polis,askar dan posmen sebab masa tu kita hanya melihat orang-orang ni kat sekeliling kita. mana la sekolah rendah ada kelab kerjaya kan.bagi pendedahan pasal kerjaya ni.posmen hari-hari datang sekolah hantar surat. cikgu memang la hari-hari dengan kita. askar n polis tu almaklumlah bapak sedara keja tu. tapi abah ngan mak aku keje motong gotah aja.takkan aku pon nak kojo motong gotah macam abah n mak. sekurang-kurang nya aku jadi mandor estet ke kat ladang guthrie tu kan atau tuan punya kebun getah yang beribu-ribu ekar. masa tu aku mula pasang angan-angan nak jadi cikgu sebab result spm aku kira baik jugak la. dapat pangkat 1. aku fikirkan kalo aku tak mohon maktab..stp belom tentu akan cemerlang. tapi aku dah rasa dah. mesti hancor. dari kantoi baik aku cuba.lagipon pas exam stp aku tak lama menganggor.

nak dijadikan cerita. tapi betul ni.bukan cerita blue tau macam dalam web site yang u all selalu baca tu..

suatu hari. jeng...jeng..., aku baca paper, aku terbaca iklan dalam paper pengambilan guru pelatih di maktab perguruan. bulan 8 tu aku mengisi borang maktab. aku berjaya dipanggil untuk mengikuti ujian kelayakan maktab perguruan (UKELP). 2 bulan selepas itu aku menerima surat jemputan menghadiri temuduga guru...adui seronok bukan kepalang. 50 % dalam tangan aku bakal jadi guru pelatih. bulan 2 aku menerima pula surat tawaran mengikuti latihan asas perguruan kat ibkl ( Institut bahasa kl ) akhir bulan 2 aku masuk maktab. seronok..

aku masuk maktab guru3 tahun. aku kat maktab perguruan.lama jugak nak habiskan pengajian.almaklumlah nak jadi cikgu yang baik dan profesional.kena sabar dan buat keja yang ditugaskan.siang malam buat assigment.ada yang buat sendiri dan ada yang copy and paste.yang penting hantar. pensyarah tak tau punya. nota kaki fikir sendiri.tukar ayat satu dua dah boleh jadi harta intelek sendiri. terima kasih kepada tutor yang banyak membimbing iaitu puan kamariah ibrahim(KAI).pensyarah bahasa puan robiah md isa (RMI) .pensyarah pengkaedahan puan khatijah hamzah(KHH). pensyarah geografi puan wong apa tah..tak ingat. pensyarah psikologi, sosiologi, metodologi, pjk, kemahiran hidup, pendidikan islam,moral,teknologi pendidikan, kbsr, matematik, b.i dan lain-lain.

tahun akhir aku buat latihan mengajar kat brickfield. sekolah menengah sebab aku ambek kursus penguruan sekolah menengah ( PPAR la tuh) pengajian melayu/ geografi. aku mengajar kat sm vivekananda. nama jer orang india tapi student majoriti bangsa china. tapi ramai jugak la india.sebab kan kat situ ramai india. agaknya anak-anak pekerja keretapi..dulu takder kl sentral..kl sentral tu dulu adalah stor ktm kot. syok mengajar kat sana. ramai jugak kawan..anak murid pon dah besar panjang. aku mengajar tingkatan 1 dan tingkatan 2. ajar BM 2 kelas dan geografi 2 kelas.

cikgu-cikgu sekolah tu banyak bantu aku.bimbing macamana nak mengajar dengan cara yang baik.lupa pulak nama-nama guru yang mengajar kat sekolah tu.pergi sekolah naik bas mini.sebab aku duduk asrama kat IBKL masa tu. duduk asrama tingkat 13. bila musim hujan tentu bilik aku kat asrama tu banjir sebab asrama ibkl tu atas bukit.tentu hujan akan masuk ke bilik bila angin kuat. aku sabar jer. kalo basah pon apa salahnyer.petang mandi jugak.cuma malas la nak keringkan bilik.

bila tamat pengajian kat ibkl aku bercuti 1 bulan.duduk umah kat kg. tolong abah poi menoreh getah.nak cari duit sebab elaun tak dapat lagi. sementara tunggu surat posting sampai dari jabatan pelajaran. ujung bulan 12 dapat surat dari jabatan pelajaran negeri sembilan. aku dapat mengajar sekolah rendah la pulak.adoi...mati. macamana nak mengajar ni.latihan aku sekolah menengah. kene pulak menajar sekolah rendah. aku ditempatkan kat sekolah sk seni*** kat kuala pilah. aku poi la daftar diri. jumpa rakan sejawat. sekolah tak besar..tahun 1 hingga tahun 3 jer. murid tak ramai...50 orang lebih kurang.bilik darjah pon tak banyak 5 bilik sajer. 3 bilik darjah 1 bilik guru besar dan 1 bilik pss. bilik guru pon aku tak tau kat mana.duduk bersepah.bawah pokok pon ada sebab sekolah tu sekolah orang asli..kene la aku jadi orang asli. tapi seronok. dapat didik anak-anak orang asli jadi manusia yg akan berbakti kepada bangsa yang masih mundur lagi kat malaysia ni.aku jumpa tok batin degol .aku jumpa tok poyang . aku jumpa orang kampung asli. tok batin semua jadi kawan aku. cuma aku tak kawin jer dngan anak orang asli. cantik-cantik jugak anak orang asli ni. kalau ko orang tak percaya..ko orang pergi la masuk kg orang asli kat kuala pilah tu.

cikgu sekolah aku ni tak ramai 3 orang jer cikgu tetapnya.2 orang guru sementara. aku cikgu baru la..cikgu bosar namanyer cikgu sulaiman orang pd.aku duduk sama menyewa kat sana. seronok jugak duduk dengan guru bosar. 2 lagi cikgu bob dan cikgu jeff
bob dan jeff la konon. aku kat sana dia orang panggil cikgu syem. mengajar sekolah asli nama bob / jeff n syem ..adoi. lama jugak aku kat sana.....aku kat sekolah mengajar darjah 1. pastinya subjek bm la. ingat lagi murid-murid ku antaranya:

:-) yusri zairin aseh
:-) melati
:-) mariam
:-) betty
:-) jeffry din
:-) sharipah aloha
:-) chia yun sin
:-) saloma dan ramai lagi.

agaknya kat mana mereka sekarang. tentu dah ada yang kawen..dah punya anak.sebab orang asli ni cepat kawen.tamat jer tingkatan 3 ada yang kawin.selamat berbahagia.


shamizan_09

isu pendidikan:ppsmi

PPSMI tidak perlu dipolitikkan: Alimuddin

PASIR PUTEH: Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak perlu dipolitikkan kerana ia boleh menjejaskan pendidikan nasional, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata isu itu sebaiknya diserahkan kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan Kabinet untuk membuat keputusan.

"Hishammuddin akan membawa perkara itu ke Kabinet untuk dibincangkan secara panjang lebar sebelum memberi keputusan mengenainya," katanya.

Alimuddin ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut, Mohd Amirul Hakim Mohd Afandi, yang cedera akibat dilibas dengan lawi ayam oleh pelajar tingkatan 4 sekolah itu, Wan Mohd Alias Wan Taib, di sekolah berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata, semua pihak seharusnya bersabar kerana dasar PPSMI perlu diteliti dengan sebaik mungkin sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kita mesti lihat bidang pendidikan untuk anak dan cucu kita pada masa depan," katanya. - Bernama





rencana@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 13 Feb. – Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP) mendedahkan 625,987 murid tidak menjawab kertas soalan dalam bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun lalu.
Pengerusinya, Datuk Dr. Hassan Ahmad (gambar) berkata, keputusan UPSR tahun lalu menunjukkan hanya 159,234 murid daripada 511,875 murid tahun enam menjawab kertas Sains dalam bahasa Inggeris manakala 352,641 murid menjawab dalam bahasa Melayu sejak pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
‘‘Bagi Matematik pula, 238,153 murid daripada 511,499 yang menduduki peperiksaan itu menjawab dalam bahasa Inggeris manakala 273,346 menjawab dalam bahasa Melayu.
‘‘Ia menunjukkan seramai 625,987 murid tidak memahami untuk menjawab Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,’’ katanya kepada pemberita di Rumah Persatuan Penulis Nasional (Pena) di sini semalam.
Selain itu, beliau berkata, kajian juga telah dilakukan oleh pasukan penyelidik yang terdiri daripada 50 pensyarah dari tujuh buah universiti dalam negara.
Katanya, kajian yang dibuat terletak di bawah penyeliaan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).
Menurutnya, hasil kajian menunjukkan beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar gagal mata pelajaran Sains dan Matematik melebihi 50 peratus.
Tambahnya, sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) juga menunjukkan kejatuhan bagi pelajar Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.
‘‘Kajian yang dibuat di 70 buah sekolah menengah dan 90 buah sekolah rendah di seluruh negara juga menunjukkan berlakunya kemerosotan dalam mata pelajaran tersebut.
‘‘Ia menunjukkan PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar,’’ katanya
Menurut Hassan, ia jelas menunjukkan PPSMI gagal memberi manfaat kepada pelajar sebaliknya membebankan pelajar.
Sementara itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk Bahasa Inggeris di setiap sekolah.
Tambahnya, wakil kerajaan perlu ke sekolah-sekolah terutamanya di luar bandar untuk memantau sistem yang digunakan dalam P&P bahasa tersebut.
‘‘Sistem P&P untuk Bahasa Inggeris perlu diubah dan diperkemaskan terlebih dahulu supaya menjadi bahasa kedua yang dikuasai pelajar bukannya mengajar bahasa tersebut dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
‘‘Selain itu, jadikan negara-negara Eropah sebagai model di mana mereka mengajar mata pelajaran tersebut dalam bahasa ibunda, tetapi menggalakkan pelajarnya menguasai pelbagai bahasa,’’ katanya.

malaysiakini.com


PPSMI cetus perbahasan hangat di Parlimen
Feb 18, 09 8:59pm
Soal untuk meneruskan pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mencetuskan perbahasan hangat di Dewan Rakyat hari ini apabila beberapa wakil rakyat mengemukakan pandangan berbeza berhubung pelaksanaannya.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang menyokong supaya PPSMI diteruskan berkata ia mampu meningkatkan kemahiran dan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di kawasannya.
Katanya PPSMI juga disokong oleh penduduk di kawasannya, lapor Bernama.

"Kelmarin, saya sedih dan kecewa serta merasakan wakil rakyat sudah tidak selamat dalam Dewan ini. Saya dikepung, disergah dan dikatakan kurang ajar oleh seorang yang bertaraf ustaz yang meminta saya menarik balik kata-kata saya mengenai PPSMI.

"Saya cuma cakap apa orang-orang di kawasan saya beritahu. Di Kinabatangan, tidak ada pusat tuisyen bahasa Inggeris dan PPSMI perlu dikekalkan kerana ia menjadi satu cara anak-anak di tempat saya mahir dalam bahasa Inggeris," katanya apabila membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli (PAS-Kuala Krai) yang mencelah membantah pelaksanaan PPSMI kerana ia tidak mencapai matlamat membantu pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris.

"Sains dan Matematik adalah dua subjek yang terikat dengan istilah-istilah sendiri. Dulu kita belajar bahasa Inggeris dalam bahasa tersebut dan menjadi hujah kita ialah PPSMI tidak mencapai matlamat," katanya.

Menyokong pandangan Bung Moktar, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) berkata penentangan terhadap dasar itu adalah satu sindrom penafian yang tidak melihat matlamat di sebaliknya.

Katanya pelaksanaan PPSMI boleh membantu meluaskan ilmu pengetahuan memandangkan kebanyakan bahan rujukan kedua-dua subjek dan istilah yang digunakan oleh subjek tersebut ialah dalam Bahasa Inggeris.

"Dengan sebab itu pentingnya PPSMI bukan kerana bahasa Inggeris tetapi untuk menuntut ilmu," katanya.

Dr Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) berkata secara peribadi beliau tidak bersetuju dengan pelaksanaan PPSMI dan berpendapat ia (pembelajaran dan pengajaran subjek berkenaan) perlu dikembalikan ke dalam bahasa Melayu.

Datuk Seri Hadi Awang (PAS-Marang) pula berkata beberapa kajian oleh institusi-institusi pengajian tinggi tempatan menunjukkan pelaksanaan PPSMI untuk mengilmukan rakyat adalah tidak berjaya dan tidak mendatangkan manfaat khasnya kepada pelajar di luar bandar.


shamizan_09